#Hiburan: ‘Bukan Saya Yang Kahwin..’ – Netizen Salah Faham Riena Diana Sudah Kahwin

Akibat memuat naik gambar di Instagram Story bersama lelaki dengan caption ‘Alhamdulillah, pelakon Riena Diana dihujani dengan mesej daripada netizen yang tertanya-tanya jika dia sudah pun berkahwin.

Riena, 24 menjelaskan kepada peminat-peminat bahawa gambar yang dimuatnaik olehnya bersama lelaki tersebut merupakan ayahnya, Zulreal yang baru sahaja berkahwin.

Advertisement
riena dianaSumber : Instagram Story Riena Diana  

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata ucapan tahniah dan ‘Alhamdulillah’ itu bukanlah untuk dirinya tetapi ayahnya yang kini sudah bertukar status menjadi suami dan kehadiran ibu baharunya.

Ketika dihubungi oleh mStar, pelakon Kampung People itu berkata,

Bukan saya yang kahwin… sumpah bukan. Selepas saya muat naik foto itu dengan caption sebegitu, saya terima banyak DM daripada netizen yang ingat saya berkahwin.

Sebenarnya lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu. Bukannya saya yang berkahwin, tapi bapa saya.

Sebagai maklumat, ayah dan ibu kandung pelakon tersebut sudah bercerai sejak Riena berumur 14 tahun.

The post ‘Bukan Saya Yang Kahwin..’ – Netizen Salah Faham Riena Diana Sudah Kahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments