#Hiburan: Jual Baju Ketat, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Keluar Dalil, -“Pilihan Semua Di Tangan Sendiri..”

Sekali lagi mencetuskan kontroversi, pemilik butik fesyen tempatan yand dikenali sebagai Leeyana Rahman tampil mendedahkan bahawa dia sering menerima mesej yang mempersoalkan mengapa dia menjual baju yang ketat dan mengikut tubuh badan wanita.

Pemilik Leeyana Rahman, Yana Lee menjelaskan bahawa dia hanyalah seorang penjual namun yang membelinya adalah pelanggan di luar sana yang mempunyai pilihan yang tersendiri.

Advertisement

Ujarnya lagi, golongan wanita haruslah bijak memilih dan membuat keputusan dalam setiap pembelian.

“Kenapa baju @leeyanarahman.co semua sendat-sendat eh? Kenapa semua ketat-ketat eh? Memang nak buat bisnes menjurus orang untuk masuk neraka ke? Selalu dapat direct message (DM) macam ini..” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran Instagram bagi memperjelaskan isu tersebut.

Advertisement

“Jawapan dia,saya hanya jual baju. Pilihan semua di tangan sendiri. Pemilihan baju boleh merubah segalanya. Jadi kita sebagai perempuan, kena bijak dan buat pilihan yang tepat..”

Dia dalam pada itu berkata bahawa setiap pelanggan mempunyai citarasa yang tersendiri dan cara masing-masing dalam menggayakan busana pakaian yang dibeli mereka.

“Ada orang nak pakai ketat, ada nak pakai longgar, ada nak bagi nampak slim, ada nak bagi nampak chubby sikit, ada nak tutup dada, ada yang nak punggung nampak kecik..macam-macam la..” tulisnya lagi.

The post Jual Baju Ketat, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Keluar Dalil, -“Pilihan Semua Di Tangan Sendiri..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments