#Hiburan: (TAKZIAH) Pelakon Veteran Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

Pelakon veteran Idris Mat Diah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya, awal pagi tadi.

(TAKZIAH) Pelakon Veteran Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

Berita itu dikongsi sendiri oleh rakannya Zulkifli Ismail di laman sosial Facebook(nya) kira-kira jam 8.30 pagi Isnin.

Sementara itu anak pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 2 yang dikenali sebagai Alia ini memaklumkan kepada umum bahawa ayahnya ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi tadi.

Rentetan itu, keluarga arwah khabarnya terus menghubungi pihak ambulans dan disahkan arwah telah mengehmbuskan nafas terakhir jam 2.30 pagi tadi.

(TAKZIAH) Pelakon Veteran Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

Alia turut memberitahu, dua tiga hari ini Allahyarham tidak mempunyai selera makan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Faizin Taman Desa Kepong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kuala Lumpur sebelum Zuhur.

Allahyarham yang berusia 61 tahun itu merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dalam industri.

Antara drama yang pernah dilakokan Allahyarham ialah Wadi, Cinta Si Wedding Planner, 7 Hari Mencintaiku, Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap, Andainya Takdir 2.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments