#Hiburan: (TAHNIAH) Tamat Pengajian Di Peringkat PhD, Ahmad Idham Kini Bergelar Doktor Falsafah

Selepas berjaya menamatkan pengajian pada peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham kini telah berjaya mendapat gelaran Doktor Falsafah.

(TAHNIAH) Tamat Pengajian Di Peringkat PhD, Ahmad Idham Kini Bergelar Doktor Falsafah

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Dr Ahmad Idham menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Dr Ahmad Idham turut menyertakan surat rasmi daripada Universiti Utara Malaysia yang menandakan bahawa beliua kini sudah berjaya menamatkan pengajiannya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah.. Tq @uumofficial dan semua yg bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini. Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Penyelia 2 saya Prof Dr Rohana.

A post shared by Ahmad Idham Bin Ahmad Nadzri (@ahmad_idham) on

“Alhamdulillah. Tq @uumofficial dan semua yg bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini. Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Penyelia 2 saya Prof Dr Rohana.”

Menjengah ke ruangan komen, posting tersebut dibanjiri dengan kata-kata penghargaan daripada para pengikutnya. Malah tidak ketinggalan, Dr Ahmad Idham turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis serta pemain-pemain industri seni tanah air.

(TAHNIAH) Tamat Pengajian Di Peringkat PhD, Ahmad Idham Kini Bergelar Doktor Falsafah

Untuk rekod, beliau sebelum ini telah melaksanakan thesis dengan tajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu’ dan dianugerahkan dengan Doktor Falsafah di bidang Pengurusan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments