#Hiburan: Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Menyifatkan bekas pembantunya, Allahyarham Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mendedahkan sifat peribadi jejaka tersebut kepada umum.

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Menurut Aliff, arwah telah berkhidmat selama empat tahun namun membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak tiga bulan lalu.

View this post on Instagram

Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yg masih muda berumur tgh 20an) saya yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah meninggal dunia ke dan kembali ke rahmatullah. . Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya. Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia. . . Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah. Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berenti.. jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya .. Susah nak cari pekerja macam ghazi.. jom kita..Bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.. . . Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN YA RAB 🤲🏻 . Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Secara jujurnya beliau seorang yang baik. Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia.”

Sementara itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur turut menyatakan arwah tidak pernah mengutuk dirinya kepada umum meskipun mengetahui banyak perkara tentang dirinya.

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

“Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah. Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berhenti. Jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.

Ujar Aliff lagi, agak sukar untuk dirinya mencari pekerja sebaik Ghazi. Keprihatian lelaki tersebut serta tanggungjawab yang ditonjolkannya dalam melaksanakan tugas amat dikagumi usahawan itu.

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Untuk rekod, Ghazi meninggal dunia dipercayai berpunca daripada penyakit appendiks yang dihadapinya. Malah keadaan Allahyarham juga semakin tenat sejak beberapa hari yang lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments