#Hiburan: Hafiz Hamidun Tak Nafi Dirinya Bergelar Jutawan

Tidak menafikan dakwaan netizen bahawa dirinya kini sudah bergelar jutawan, komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun akui beliau amat bersyukur kerana diberikan rezeki sehingga ke berada di tahap sekarang.

Hafiz Hamidun Tak Nafi Dirinya Bergelar Jutawan

Katanya, bukan senang untuk menggapai segala yang dikecapinya kini kerana telah banyak pengorbanan yang telah dirinya lakukan termasuklah masa dan tenaga.

“Saya tak nafikan kata-kata netizen mengenai perkara tersebut kerana saya bekerja keras untukknya. Sebenarnya semua orang boleh berjaya asalkan rajin berusaha. Jangan sesekali ada sifat malas dalam diri, Insya-Allah.”

Hafiz tampil memaklumkan perihal tersebut ketika ditemui pihak media pada majlis pelancaran OST Sabda Kekasih, petang semalam.

Hafiz Hamidun Tak Nafi Dirinya Bergelar Jutawan

Mengimbas kembali karier seninya, Hafiz dilihat tidak segan memberitahu bahawa beliau pernah melalui zaman sukar pada awal pembabitannya sebagai penyanyi.

“Pernah sekali dalam poket saya tinggal RM1 sahaja. Masa tu beli mee segera 80sen, baki tinggal 20sen saja. Kereta kena tarik pun saya dah pernah rasa. Bayangkan kereta baru beli dua bulan dah kena tarik. Perasaan masa tu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.”

Hafiz Hamidun Tak Nafi Dirinya Bergelar Jutawan

Sekadar informasi, Hafiz Hamidun sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017 dengan usahawan kosmetik Joy Revfa, namun ikatan yang dibina tidak kesampaian apabila Hafiz khabarnya telah menceraikan Joy dengan talak pada Oktober 2017.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments