#Hiburan: Akui Suka Tampil Dengan Fesyen Pelik, Aina Abdul Mahu Tampil Kelainan Dalam Muzik Video

Sering saja tampil dengan pelbagai fesyen pelik dan unik, penyanyi Aina Abdul mengakui dia suka untuk bereksperimen melalui lagu-lagu nyanyiannya.

Selain fesyen, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani,27, dia gemar untuk tampil lain dari yang lain dalam lagu dan muzik yang dihasilkannya.

Namun begitu, Aina yang ditemui media berkata, dia akan melihat sesuatu fesyen itu sesuai atau tidak sebelum menerbitkannya. Menurut Aina lagi, fizikalnya yang tidak terlalu tinggi membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih gaya penampilan.

“Saya akan tengok dulu kalau sesuatu fesyen itu sesuai ke tak dengan saya. Saya pun tak berapa nak tinggi jadi saya nak fesyen itu nampak elok la. Tapi disebabkan saya dah keluarkan dua karya iaitu Sumpah dan Maybe/Kelip2 dengan fesyen begitu, tak semestinya saya akan bereksperimen dengan fesyen lagi selepas ini,”

Aina menjelaskan dia mahu dikenali sebagai artis yang mempunyai ‘konsep’ tersendiri terutama dalam setiap persembahan yang diberikan. Tambahnya, jika diberikan peluang dia ingin melakukan konsep ‘lakonan drama’ dalam muzik video seterusnya.

Sebelum ini, klip video muzik terbaru penyanyi ini yng bertajuk Maybe/Kelip2 telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen kerana menampilkan konsep fesyen unik dan mempunyai maksud tersirat.

Sumber: mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments