#Informasi: Resah, Jalan Panglima Bukit Gantang..Ditukar Ke Jalan Koo Chong Kong?

Surat tukar alamat
SURAT pertukaran alamat Jabatan Kesihatan Perak yang menjadi tular dalam media sosial, hari ini. - GAMBAR MEDIA SOSIAL


Kerajan negeri nafi tukar nama Jalan Panglima Bukit Gantang
IPOH 27 Feb. - Kerajaan negeri menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya nama Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini telah ditukar kepada Jalan Koo Chong Kong.
Dakwaan itu timbul selepas tersebar surat rasmi mengenai pertukaran alamat Jabatan Kesihatan negeri yang sebelum ini menggunakan alamat Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ke alamat baharu iaitu Jalan Koo Chong Kong.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pertukaran alamat baharu itu bertujuan mengemas kini serta menyeragamkan alamat pejabat Jabatan Kesihatan Perak untuk kemudahan orang ramai termasuk urusan surat-menyurat.
"Pertukaran alamat Jabatan Kesihatan negeri daripada Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bersandarkan kepada lokasi pintu masuk utama bangunan pejabat itu di Jalan Koo Chong Kong. Ini telah disahkan oleh Jabatan Warisan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
"Malah Bangunan Lembaga Tabung Haji Perak yang terletak sebaris dengan bangunan Jabatan Kesihatan negeri turut menggunakan alamat Jalan Koo Chong Kong dan bukannya Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ahmad Faizal, penyebaran surat rasmi mengenai pertukaran alamat pejabat Jabatan Kesihatan Perak itu telah menimbulkan keresahan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi surat rasmi pertukaran alamat tersebut daripada Kementerian Kesihatan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan negeri yang bertarikh 26 Februari lalu.
Katanya, surat tersebut bertujuan memaklumkan bahawa kementerian telah meluluskan permohonan Jabatan Kesihatan negeri bagi menukar alamat dari Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab kepada Jalan Koo Chong Kong.
"Sehubungan itu kerajaan negeri menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan penyebaran maklumat tidak berasas bagi mengelakkan keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya. - UTUSAN ONLINE

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments