#Hiburan: Ramai Awek Mesej Sebab Tertarik Dengan Keperibadian Saya – Aiman Tino

Demi membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapanya, penyanyi Aiman Tino baru-baru ini telah menghadiahkan kedua orang tuanya sebuah restoran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Disifatkan sebagai seorang anak yang baik dan tidak mudah lupa diri apabila popular, siapa sangka tindakannya itu mampu membuat ramai gadis ‘cair hati’ dengannya. Kata Aiman, beliau menerima banyak mesej cinta daripada gadis diluar sana yang terpikat dengan keperibadiannya.

Apa yang saya buat adalah tanggungjawab sebagai anak. Saya tak fikir mahu lakukannya untuk jadikan keperibadian diri sebagai tarikan gadis dan wanita. Banyak juga saya mendapat mesej di Instagram daripada peminat dalam kalangan gadis dan wanita yang jatuh hati dan tertarik dengan keperibadian saya.

Menghargai setiap sokongan yang diberikan, Aiman bagaimanapun memberitahu beliau buat masa ini belum bersedia untuk bercinta kerana usianya yang masih muda. Buat masa ini, Aiman mahu memberikan fokus terhadap kariernya.  Harapnya gadis-gadis diluar sana tidak patah hati ya.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments