#Hiburan: Tiada Niat Jahat, Hanya Mahu Jujur Saya Seorang Yang Nakal – Syazwan Zulkifly

Mesej nakal pelakon Syazwan Zulkifly yang bertanyakan saiz bra kepada seorang wanita tersebar di media sosial sejak semalam. Sejak daripada itu, pelbagai kecaman yang beliau terima sehingga dilabelkan sebagai lelaki gatal.

Bagaimanapun, Syazwan tidak mahu berselindung dan mengakui ada menghantar mesej tersebut tetapi beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat. Hanya ingin menguji wanita berkenaan dan memberitahu secara jujur bahawa beliau seorang yang nakal.

Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal. Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir. Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah.

Pada Syazwan perkara ini agak remeh dan beliau sedikit pun tidak melenting dengan apa yang berlaku ataupun mahu wanita itu membersihkan namanya. Cukuplah untuk beliau memberitahu perkara ini sudah pun selesai.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments