#Hiburan: Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Doakan Nazim Othman & Fatin Afeefa Bertemu Jodoh

Amboi, amboi, amboi. Pernah gagal dalam perkahwinan masing-masing, Nazim Othman dan Fatin Afeefa baru-baru ini telah memuatnaik gambar bersama di Instagram masing-masing. Memang kelihatan sama cantik dan sama padan. Dua-dua pun single mingle. Tak ada istilah rampas merampas. Sweet sangat-sangat.

nazim othman fatin afeefa

Susulan itu, ruangan komen di Instagram kedua-dua selebriti ini dihujani dengan pelbagai komen positif yang mendoakan agar mereka berdua bertemu jodoh. Iyerlah, kalau dua-dua bercinta memang sangat-sangat secocok. Seorang hensem macam ahli kumpulan BTS, seorang lagi cun macam Blackpink. Terbaik sangat!!!

nazim othman fatin afeefa
nazim othman fatin afeefa
nazim othman fatin afeefa

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Nazim Othman dan Fatin Afeefa. Pastinya kedua-dua mereka ingin “move on” selepas rumahtangga yang dibina runtuh. Mana tahu memang jodoh kan? Insya Allah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments