#Hiburan: Saya Terlalu Penat Untuk Melalui Proses Naik Turun Mahkamah – Farid Kamil

Tahun lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita penahanan Farid Kamil yang didakwa positif ganja. Sehingga ke hari ini, kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah. Sudah pasti ia sedikit sebanyak menganggu kehidupan Farid Kamil bersama keluarganya, terutama apabila isterinya Diana Danielle merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

farid kamil

Menurut Farid Kamil, apa yang telah terjadi merupakan satu pengalaman pahit yang tidak mungkin akan dilupakan. Katanya:-

(Sambil melepaskan hela panjang). Sukar untuk saya lupakan perkara yang terjadi dalam hidup saya. Saya yakin tidak akan pernah melupakan pengalaman pahit itu selagi hidup.

Sekarang saya masih dalam perbicaraan. Kami telah memohon penangguhan tarikh memandangkan peguam bela yang mewakili saya dalam kes ini masih belum sembuh (selepas mengalami kemalangan). Saya amat berharap proses perbicaraan berjalan dengan lancar.

Saya terlalu penat untuk melalui proses naik turun mahkamah. Malah, akibat kes ini banyak urusan peribadi dan kerjaya seni telah tergendala. Seperti ramai sedia maklum, saya dan Diana merancang untuk menyambung pengajian ke luar negara. Agenda ini akan tergendala sehingga proses perbicaraan selesai.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan pasport, saya terpaksa membenarkan Diana sahaja ke luar negara untuk meneruskan pengajian

farid kamil

Apa yang telah terjadi tidak boleh diubah. Namun semuanya perlu dijadikan pengajaran untuk Farid Kamil lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan. Semoga kes perbicaraan kes pelakon ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan. Sumber Kosmo.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments