Semakin hari status rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin hangat diperkatakan oleh para netizen. Paling mengejutkan, ada sesetengah netizen yang mengungkit kisah lama. Menurut netizen, apa yang terjadi kepada Sharnaaz hari ini adalah kerana perbuatannya satu ketika dahulu. Entah benar entah tidak dakwaan netizen tersebut, namun Sharnaaz Ahmad telah tampil memberikan penjelasan dan memaklumkan semua yang berlaku adalah ujian buatnya.
Oleh kerana terlalu ramai netizen yang “membuat” cerita yang tidak benar, pandai-pandai berspekulasi tanpa sebarang fakta, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan isi hatinya di Twitter. Malah Sharnaaz juga turut memaklumkan yang dirinya akan diingati sebagai seorang yang bukan panas baran atau ego selepas dirinya tiada kelak.
Sesungguhnya tafsiran orang ramai berdasarkan apa yang kita kongsi di laman sosial berkemungkinan besar untuk silap 100% berbanding sikap serta perangai kita yang sebenar di dunia nyata. Sebab itulah kita tidak boleh menghakimi seseorang hanya berdasarkan apa yang ditulis di Facebook, Twitter atau Instagram. Kadangkala nampak baik di laman sosial, tapi sebenarnya kaki penipu, pukul bini tak pun scammer. Kadangkala nampak garang, ego atau ganas, sebenarnya dalam hati ada taman. Tak gitu? Apa pun sekali lagi mari kita berdoa agar perkahwinan Sharnaaz dan Nabila sebenarnya baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah. Insya Allah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments