#Hiburan: Nak Tampil Memukau Di Tahun 2019 Ini? Cuma Perlu Ikuti 5 Tips Mudah Ini

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun tiba di bulan Februari 2019 ini. Kami percaya pasti ramai kaum Hawa yang telah memasang azam untuk tampil lebih jelita, lebih menawan dan lebih memukau sempena 2019 ini. Siapa yang tak nak kena puji “awak nampak cantik sangat-sangat la sekarang” kan?

1

Namun menjadikan azam itu satu kenyataan adalah bukan satu perkara yang mudah. Orang kata, “beauty is from within”, jadi hari ini kami di BeautifulNara ingin berkongsi 5 tips MUDAH yang akan menyerlahkan kejelitaan anda bermula dari dalam.

1. Minum air kosong 8 gelas sehari

2

Tips ini teramatlah mudah namun sukar untuk diapplikasikan dalam kehidupan seharian. Iyerlah, air kosong kan tak ada rasa apa-apa. Jadi nak minum pun rasa tak best. Tetapi untuk serlahkan kejelitaan wajah, kita kena minum 8 hingga 10 gelas sehari bersamaan 2 sehingga 2.5 liter. Lagi bagus kalau bangun tidur awal-awal pagi, tanpa gosok gigi terus pergi minum air kosong dalam segelas dua. Nak lagi power, jangan minum air manis langsung. Terus akan nampak kesannya dalam masa seminggu dua.

2. Bersenam 30 minit sehari

3

Sama ada anda berlari, join geng zumba, pergi gim atau menunggang basikal, setiap hari pastikan sekurang-kurangnya 30 minit masa anda diluangkan untuk bersenam. Segala kotoran akan dikeluarkan di dalam badan kita apabila berpeluh. Selain itu bersenam juga akan membantu melancarkan pengaliran darah. Bila darah dapat sampai ke seluruh bahagian tubuh kita, maka badan kita pun akan terasa lebih segar dan berseri-seri.

3. Tidur yang secukupnya

4

Tidur yang cukuplah amat penting untuk badan kita mendapat rehat yang secukupnya. Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, memang agak sukar untuk mendapatkan jumlah tidur yang ideal iaitu 8 jam sehari. Sekiranya tidur malam anda sering diganggu dengan tangisan anak, boleh cuba tidur siang dalam sejam dua ketika anak-anak ke sekolah. Kalau tak dapat 8 jam sehari pun tak apa, yang penting tidur itu mesti berkualiti. Deep sleep omputih kata.

4. Amalkan SAFI Kolagen sebagai salah satu regime kecantikan anda

5

Dihasilkan di SAFI Excellence in Research & Innovation (SERI) yang merupakan makmal halal terbesar di dunia dan bertaraf antarabangsa, SAFI Kolagen merupakan satu minuman yang dijamin berkualiti dan selamat untuk diamalkan.

Diformulasi daripada Hydrolysed Marine Collagen (Kolagen Ikan) dan Acai Berry, SAFI Kolagen turut mempunyai Vitamin C serta silk peptide yang mudah diserap ke dalam kulit. Maka proses pembentukan kolagen di dalam kulit akan menjadi lebih sekaligus memberi kesan kulit nampak lebih cantik, lebih sihat dan lebih berseri-seri.

6

Selain daripada rasanya yang sedap, SAFI Kolagen ini boleh dibawa ke mana-mana dan amat mudah untuk disediakan. Oleh sebab itu, tagline yang digunakan ialah “BFF Regime Kecantikan Anda”. Tersedia dalam 2 jenis iaitu sachet dan serbuk, cara penyediaannya teramatlah MUDAH. Ia boleh dicampurkan ke dalam air sejuk, air panas, sup, air jus atau salad. Pilih je yang mana satu mengikut selera anda. Senang, mudah dan cepat. Terbaik bukan?

Untuk hasil yang lebih sempurna, selain daripada meminum SAFI Kolagen, anda juga perlu menggunakan produk penjagaan kulit SAFI seperti toner dan serum. Ia adalah kombinasi yang TERBAIK untuk mendapatkan kejelitaan yang anda impikan. Gabungan kedua-dua produk ini memang menghasilkan impak maksima. Ia adalah regimen kecantikan yang menjanjikan kecantikan yang selama ini anda idamkan.

7

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan langkah pertama azam anda untuk tampil lebih jelita dan lebih menawan bersama SAFI Kolagen hari ini juga. Dah ramai dah yang menggunakannya dan semua memberikan testimonial positif. Memang dah terbukti dah. Maklumat lanjut boleh layari Facebook SAFI Kolagen. Selamat mencuba!!!

5. Sentiasa berfikiran positif dan selalu senyum

8

Last but not least, walaupun apa jua masalah yang sedang menimpa anda, sentiasa cuba untuk berfikiran positif dan senyum selalu. Sekiranya kita sering murung, sedih dan stress, badan kita pun akan sakit-sakit, lesu dan tidak bermaya. Apa jua halangan, apa jua rintangan, hadapi dengan tabah dan senyuman. Insya Allah kita akan rasa lebih bertenaga dan bersemangat, sekaligus tampak lebih ceria sepanjang masa.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments