#Informasi: RM90J, Beku Akaun, Rampas Aset. Siapa Perangkap Siapa?


Hasil carian imej untuk tun m terperangkap
Kes RM90 juta: SPRM beku akaun bank, rampas aset
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank dan merampas aset termasuk kereta mewah dipercayai milik pemimpin PAS susulan siasatan dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada UMNO.
Difahamkan, beberapa akaun bank yang dibekukan itu bernilai RM2.3 juta manakala kenderaan yang dirampas termasuk Toyota Vellfire, Porche dan Range Rover.
Turut dirampas dalam operasi itu adalah wang tunai yang tidak diketahui jumlahnya.
Rampasan itu adalah sebahagian siasatan yang dijalankan agensi penguatkuasaan itu mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Awal Februari lalu, SPRM memanggil beberapa individu termasuk bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membabitkan wang RM90 juta itu. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu RM90 juta, beku akaun bank, rampas aset. Siapa perangkap siapa sebenarnya? Kepada pembela-pembela Islam, Allah bersama kita, samada di dunia dan di akhirat. 
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!


sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments