Sudah bertahun-tahun kita dengar gosip dan spekulasi hubungan percintaan Erra Fazira dan penyanyi Shahir. Sekitar tahun lalu pula, Shahir pernah memberitahu beliau sudah bersedia untuk bergelar suami dan berhasrat untuk meminang Erra.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada perkembangan terbaru tentang perkahwinan pasangan ini dan Shahir juga kembali menyepikan dirinya.
Malah, Erra dalam kenyataan terbaru juga memberitahu beliau tidak pasti kedudukannya serta status hubungan bersama Shahir.
Kami tidak bergaduh pun, cuma memang sudah agak lama kami tidak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon. Sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang. ‘Menang’ atau ‘gagal’ susah hendak saya cakap.
Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tetapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman. Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya.
Erra terus terang tidak mahu lagi memikirkan soal itu dan mengikut sahaja dengan apa yang telah diaturkan Tuhan untuknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments