Salam takziah diucapkan kepada pasangan suami isteri Jepp Sepahtu dan Sari Yanti atas berita sedih ini. Pelawak dan penyampai radio Sinar FM telah memaklumkan menerusi Instagram bahawa isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan anak kedua mereka mencecah 3 bulan. Berita sedih ini diketahui selepas bayi di dalam kandungan tidak bergerak ketika Jepp dan Sari Yanti melakukan “check up”.
Tulis Jepp:-
Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya.
Semoga segala urusan pembedahan akan berjalan dengan lancar. Semoga Jepp dan Sari Yanti tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah akan ada rezeki untuk menimang lagi cahaya mata selepas ini. Sama-sama kita doakan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments