#Hiburan: Ingin Nikmati Kebebasan Bekerja Anytime Anywhere? Huawei Matebook D Adalah Pilihan Terbaik Anda

Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan kita membuat apa jua kerja di mana-mana pada bila-bila masa. Sekiranya anda seorang pelajar, assignment boleh dilakukan menghirup secsawan kopi di Starbucks. Sebagai seorang peniaga online, pemantauan urusan jual beli produk anda boleh dilakukan sambil menikmati keenakan kek “Chocolate Indulgence” di Secret Recipe.

Dan buat kaki gamers, tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk membuat pembentangan projek sambil duduk di taman melihat keindahan musim bunga di Korea Selatan. Satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah komputer riba (laptop) yang nipis, ringan, berkuasa dan boleh dibawa ke mana-mana. Antara ribuan laptop yang berada di pasaran, pilihan TERBAIK tak lain tak bukan ialah Huawei Matebook D.

Cerita banyak tak guna, jom kita tengok kenapa Abang Nara dengan berani dan yakinnya boleh menyatakan bahawa Huawei Matebook D ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang sedang mencari laptop:-

  1. Harga yang AMAT berpatutan

Perkara paling penting dalam membeli sebuah laptop ialah harga yang berpatutan dan mampu milik. Takkanlah kita nak keluarkan duit sehingga 5, 6 ribu ringgit untuk sebuah laptop kan? Tak perlu risau kerana harga Huawei Matebook D untuk pasaran Malaysia ialah RM2999 sahaja. Memang mampu milik sangat-sangat terutama untuk seorang pelajar atau mereka yang baru mula bekerja. Dengan segala spesifikasi yang bakal Abang Nara kongsikan, anda akan yakin 100% ia akan menjadi satu pembelian yang paling berbaloi dalam hidup anda.

  1. Sangat-sangat ringan dan nipis

Mempunyai berat seringan 1.47 kg dan senipis 15.8mm sahaja, Huawei Matebook D sangat sesuai untuk mereka yang yang sentiasa on-the-go. Ia boleh diletakkan di dalam apa jua jenis beg tanpa sebarang masalah. Keberatannya memang tak terasa langsung. Memang perfect untuk dibawa pergi bercuti ke luar negara. Bahu confirm tak sakit dan tak lenguh.

  1. Rekaan yang elegan

Huawei Matebook D mempunyai rekaan yang sangat minimalis kerana hanya logo Huawei sahaja diletakkan pada bahagian hadapannya. Selain itu, bahagian kerangkanya diperbuat daripada aluminium berwarna silver untuk memastikan cap jari anda tidak meninggalkan sebarang kesan selepas memegangnya.

Papan kekunci (keyboard) agak lurus ke hadapan untuk memudahkan anda menaip. Selain itu Ia mempunyai pad sentuh besar di bawah dan terdapat pembesar suara (speaker) di kedua-dua sisi keyboard untuk kesan bunyi yang lebih padu. Tidak dilupakan, butang kuasa dengan sensor cap jari terbina di bahagian atas kanan untuk capaian yang mudah. Secara kesimpulannya, rekaan Huawei Matebook D sangat kemas, elegan dan praktikal.

  1. Nisbah paparan skrin yang besar

Dengan paparan skrin sebesar 14 inci, Huawei Matebook D menawarkan nisbah rekaan skrin ke badan yang agak luas, iaitu seluas 81%. Resolusi yang digunakan ialah 1920 x 1080p turut menggunakan panel IPS Full HD. Tak kira sama ada menyempurnakan tugasan kerja, menulis final year end project atau menyiapkan pembentangan projek, paparan skrin seluas ini akan memastikan anda puas hati, lebih bersemangat dan lebih fokus.

  1. Spesifikasi yang cukup padu untuk tugasan harian

Dengan Huawei Matebook D, tiada istilah lembap dan tersangkut-sangkut kerana spesifikasi yang digunakan adalah amat sesuai untuk melakukan sebarang tugasan harian. Dijana dengan cip Intel Core i5-8250U generasi kelapan yang telah dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR3 bersama storan dalaman 256GB SSD, segala kerja dan tugasan yang dilakukan akan terasa sangat selesa, pantas dan “smooth”. Ia turut dilengkapi dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620 yang membolehkan anda menikmati segala bentuk multimedia tanpa sebarang masalah.

  1. Bateri yang tahan lama

Satu masalah biasa komputer riba di pasaran sekarang ialah ia perlu dicas setiap masa kerana kadar ketahanan bateri yang lemah. Baru duduk minum secawan kopi dah kena pergi cari plug untuk cas. Bateri yang digunakan oleh Huawei Matebook D berkapasiti  5400 mAh yang mampu memberikan penggunaan sehingga 12 jam. Anda boleh buat melayari web, tulis assignment, buat pembentangan projek atau layan Facebook tanpa perlu risau tentang kadar bateri. Terbaik bukan?

  1. Huawei Pocket Charger turut tersedia

Huawei Matebook D ini juga menyertakan Huawei Pocket Charger di dalam kotak pembeliannya. Apa yang menarik mengenainya adalah, ia merupakan sebuah pengecas berwayar yang sangat ringan, iaitu 155g sahaja yang gabungan beratnya adalah kurang daripada 2kg. Paling best, Huawei Pocket Charger ini juga cukup ringan dan kecil untuk diselitkan ke dalam beg anda dan tidak perlu membawa beg komputer riba sekaligus memudahkan pergerakkan anda untuk membawanya ke mana-mana sahaja.

  1. Sokongan Huawei Share
Sekiranya anda mempunyai smartphone Huawei, sudah tentu anda akan bergembira dengan sokongan fungsi Huawei Share yang terbina di dalam Huawei Matebook D ini. Fungsi ini memberi peluang kepada anda untuk membuat pemindahan fail dengan mudah tanpa sebarang wayar. Ia menyokong pemindahan fail dengan mudah secepat satu minit untuk fail sebesar 1G.

Kebiasaannya jika anda ingin membuat pemindahan fail daripada telefon pintar kepada komputer riba, anda memerlukan peranti tambahan untuk proses ini. Namun, ia berbeza untuk Huawei Matebook D ini dimana, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi Huawei Share ini pada komputer riba dan sambungkannya kepada telefon pintar Huawei anda.

Dengan fungsi ini, jelas sekali ia sangat mudah untuk anda membuat pemindahan fail dengan cepat tanpa memerlukan pemacu USB (pendrive) atau mana mana peranti tambahan lain. Hebat kan?

  1. Sensor cap jari pada butang kuasa

Seperti yang telah dimakluman, butang kuasa Huawei Matebook D ini terletak pada bahagian atas sebelah kanan kerangkanya. Lebih menarik, butang kuasa ini turut digabungkan dengan sensor (pengimbas) cap jari. a akan memudahkan anda untuk log masuk ke komputer riba anda tanpa perlu memasukkan kata kunci. Hal ini juga dilihat sangat membantu dalam memberi privasi dan keselamatan yang baik kepada komputer riba anda daripada diceroboh atau digodam oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab.

Ha mesti korang dah teruja dengan kehebatan Huawei Matebook D ini kan? Secara kesimpulannya, komputer riba ini adalah mempunyai prestasi penggunaan yang sangat baik dengan harga di bawah RM3,000. Senang cakap, memang berbaloi untuk anda miliki. Dapatkan sekarang di laman rasmi Huawei Malaysia.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments