#Informasi: Tabung Haji, Siapa Bodoh? Tentulah PH..



Semalam ada beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan termasuk ahli parlimen mereka berkongsi satu laporan portal kononnya kedudukan kewangan TH adalah terlalu tenat. Disamping terpaksa membelanjakan RM400 juta bagi subsidi haji, TH juga terpaksa memberi hibah kepada pendeposit. Maka orang Islam sepatutnya memahami dan tidak perlu mengharapkan subsidi haji kerana ia sudah menjadi beban kepada TH [1]

Pertama sekali, saya nak pesan kepada pemimpin PH supaya jangan guna taktik BN zaman 90an yang suka hina orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Kalau kami bangsa Melayu ini tak nak diberi naik haji kerana tidak berkemampuan (istito'ah), maka kenapa kamu sebagai kerajaan masih lagi nak kami bangsa Melayu bayar cukai pendapatan, cukai SST, cukai soda, cukai perniagaan dan lain lain kalau kamu dah tahu kami ni 'tak berkemampuan'?. Tang cekau duit rakyat ni tak nak kira pula faktor istito'ah.

Kedua, subsidi haji ni jumlahnya RM400juta setahun. Termasuk subsidi kepada pengiring dan perayu. Sedar atau tidak apabila berlakunya pindahmilik saham2 yang memberi dividen tinggi kepada SPV dan diganti dengan RCPS-i yang tiada dividen, ia sebenarnya telah menghilangkan pendapatan tetap TH setiap tahun?

Contohnya, TH telah memindahmilik 500juta saham Malakoff bernilai sekitar RM430 juta. Malakoff ini konsisten bagi dividen +-7% setahun. Maknanya tahun ini sahaja, Malakoff dijangka mampu memberi pendapatan tambahan RM30 juta kepada TH. Cukup untuk bagi subsidi kepada 2,400 jemaah haji.

Tapi sebab SPV ganti saham tersebut dalam bentuk RCPS-i, TH dah tak boleh terima dividen puluhan juta ini.

Ini baru Malakoff. Bagaimana dengan saham saham lain yang mempunyai dividen tinggi seperti Naim Holdings, Pintaras Jaya, Eastern Oriental, Hap Seng Plantations, IJM Corp, Icon Offshore dan UEM Sunrise yang selama ini berjaya memberi hasil memuaskan kepada TH? Sekarang dividen tu dah tak ada. 

Ketiga, tahukah anda sejak PH mengambil alih kerajaan, 20 syarikat utama yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham signifikan telah kehilangan nilai sebanyak RM2.74 bilion. Nilai ini boleh menampung subsidi haji selama 7 tahun.

Jadi kenapa nak salahkan rakyat? Kenapa nak guna istilah agama untuk hina akal budi rakyat? Mana tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahcara ibadat rakyat? 

Sedangkan masalah yang berlaku adalah kerana kalian gagal mengurus ekonomi dan kalian gagal mengurus kewangan Tabung Haji.

Saya akhiri status ini dengan ucapan berhikmah seorang pemimpin negara yang pernah menjadi idola saya 21 tahun dahulu:

"Siapa bodohhhhhh??"
..............
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Gong Pasir, Dungun Terengganu
Rujukan:
[1] http://bebasnews.my/…/tiba-masanya-kita-tahu-hakikat-seben…/


MR :  Tentulah PH 

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments