#Hiburan: Kebenaran Sudah Terbongkar, Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama

Kontroversi kecurangan Aliff Aziz sekali lagi bersama seorang pelakon wanita yang bergandingan dengannya cukup hangat diperkatakan dan pada masa yang sama netizen mula mengimbas kembali kontroversi terdahulu bersama Afifah Nasir.

Kata peminat, segala kebenaran akhirnya sudah terbongkar dan membuktikan Afifah tidak bersalah sebelum ini. Kontroversi terkini membuktikan apa yang berlaku terdahulu adalah berpunca daripada sikap Aliff sendiri.

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata peminat meminta Afifah tampil membersihkan namanya. Bagaimanapun, Afifah memberitahu beliau sudah melupakan perkara itu dan enggan lagi membangkitkan isu lama. Buatnya, Allah SWT adalah perancang terbaik.

Semalam, Bella Astillah mendedahkan Aliff sudah seminggu tidak balik ke rumah dan didakwa berhibur sakan di kelab malam sehingga mabuk dengan seorang pelakon wanita baru, Oktovia Manrose. Berbalas kenyataan menerusi akaun Instagram, Oktovia pada awalnya menafikan setiap dakwaan itu tetapi akhirnya Oktovia tampil memohon maaf pada Bella dan mengakui kesilapannya keluar bersama lelaki berstatus suami orang.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments