#Hiburan: Baru 5 Hari Tayangan, Filem Misteri Dilaila Sudah Kutip RM 4 Juta

Filem Misteri Dilaila yang baru sahaja 5 hari ditayangkan di pawagam sudah berjaya meraih kutipan sebanyak RM 4 juta.

Berita itu dikongsikan oleh pengarahnya, Syafiq Yusof menerusi akaun Instagramnya dengan ucapan syukur atas sokongan yang diberikan.

Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron, karya ini mendapat sambutan lebih hangat apabila menampilkan dua versi pengakhiran yang berbeza.

Siapa yang dah tonton kedua-dua versi pengakhiran filem ini? Boleh kongsikan pendapat anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments