#Hiburan: Misha Omar Maafkan Dua Lelaki Fitnahnya, Jejak Pemilik Satu Lagi Akaun Twitter

Penyanyi Misha Omar sebelum ini memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Netizen yang memfitnahnya menggunakan ‘mak esah’ untuk mendapatkan tempat di Anugerah Juara Lagu (AJL 33).

Gambar: @popexpress2019

Dia melalui satu sidang akhbar sebelum ini memberitahu memberi masa tujuh hari untuk beberapa orang Netizen untuk bersua muka dengannya dan meminta maaf sebelum mengambil tindakan undang-undang. Untuk itu, dua orang lelaki telah tampil bertemu Misha untuk meminta maaf. Dalam satu sidang akhbar lanjutan semalam,  Misha tampil dengan dua lelaki yang telah memohon maaf dan akan menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki tersebut.

Memberitahu Kosmo Online!:

Fitnah ini antara yang paling teruk saya hadapi sepanjang berada di dalam industri. Saya terpaksa mengambil tindakan menerusi saluran undang-undang selepas memikirkan maruah keluarga saya, mertua dan suami.

“Saya lega akhirnya perkara ini selesai dan tidak lagi membebankan fikiran saya. Saya amat berharap selepas ini lebih ramai rakan artis tampil mempertahankan diri mereka sekiranya berasakan diri menjadi mangsa fitnah ini.

Namun begitu, Misha akan membuat satu lagi laporan polis untuk menjejak satu pemilik satu akaun Twitter yang gagal muncul untuk meminta maaf.

Walaupun tidak menamakan pemilik akaun tersebut, ramai berspekulasi bahawa akaun yang dijejak oleh Misha ialah akaun Twitter yang menggunakan handle @PenumpahTeh.

Sebelum ini, beberapa orang pengguna Twitter mendakwa, tuduhan asal Misha menggunakan ‘mak esah’ datangnya dari akaun Twitter tesebut. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments