Henry Golding, pelakon kelahiran Sarawak yang semakin popular di Hollywood dikatakan bakal memegang watak James Bond. Desas-desus ini semakin bertiup kencang selepas kontrak Daniel Craig selaku James Bond bakal tamat tidak lama lagi. Walaupun belum diketahui kebenaran desas-desus ini, namun khabar angin sudah cukup untuk mengujakan dan membanggakan rakyat Malaysia.
Secara jujurnya, bentuk fizikal Henry Golding memang sangat sesuai untuk membawakan watak James Bond. Akan tetapi Henry telah mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan tentang perkara ini. Kata Henry Golding:-
Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu
Selepas membintangi filem Crazy Rich Asians dan A Simple Favor, saham Henry Golding sedang naik mencanak-canak di Hollywood. Semoga desas-desus ini akan menjadi kebenaran. Bangga gila kot kalau James Bond adalah dari Malaysia.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments