#Hiburan: Bukan Aibkan Suami Tapi Luahan, Hak Isteri Untuk Bersuara – Netizen Pertahan Tindakan Bella Astillah

Pendedahan Bella Astillah di media sosial mengenai kecurangan suaminya, Aliff Aziz buat kali kedua mengundang rasa simpati ramai terhadapnya. Betapa rapuhnya hati Bella sehingga beliau sudah tawar hati  untuk meneruskan perkahwinannya dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir.

Walaupun ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella, masih ada segelintir pihak yang mengkritik cara Bella meluahkan segala masalah rumah tangganya di media sosial. Mengapa perlu membuka aib suaminya?

Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertahankan tindakan Bella berkaitan kontroversi rumah tangganya itu. Katanya, niat Bella bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya hanya ingin membuktikan kebenaran disebalik apa yang berlaku.

Kita tidak berada di tempat Bella dan tentu sekali tidak tahu apa kedukaan yang beliau tanggung. Kalau dipendam pun akan memudaratkan diri sendiri kan? Apa pula pendapat anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments