#Hiburan: Yuna Bergabung Dengan Kumpulan Hip Hop Popular Korea Epik High Dalam Album Terbaru

Kalau ada yang masih ingat, sekitar tahun 2016, foto Yuna bergambar bersama kumpulan Hip Hop popular Korea, Epik High di Coachella 2016 di Amerika Syarikat mencetuskan sensasi buat peminat kedua-dua artis ini.

Ramai sekali yang teringin untuk melihat Yuna dan Epik High bekerjasama dan pastinya akan menghasilkan karya yang gempak.

Nampaknya impian itu sudah pun menjadi kenyataan apabila Epik High baru-baru ini mengumumkan album terbaru mereka Sleepless In__ dan turut memberikan sedikit ‘teaser’ kolaborasi mereka dengan beberapa artis.

Menariknya, mereka tidak pula mendedahkan identiti artis-artis berkenaan tetapi berdasarkan foto polaroid itu, ramai yang sudah boleh meneka Yuna adalah salah satu artis yang bergabung dengan Epik High.

Difahamkan, album Sleepless In__ akan dilancarkan pada 11 Mac depan. Tidak sabar rasanya untuk nantikan lagu terbaru Yuna dan Epik High. Semestinya akan mendapat sambutan hangat!

Sumber Berita : Twitter


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments