Sebelum ini, Ayda Jebat pernah dihimpit kontroversi gara-gara mempertikai keputusan juri tentang kelayakan lagu beliau untuk Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL 32). Mungkin tidak mahu pelbagai isu terus timbul, Ayda mengesahkan lagu beliau yang sedang popular berjudul Temberang tidak akan bersaing dalam Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL 34).
Alasannya, lagu berkenaan bersifat hiburan dan dikhuatiri tidak memenuhi kriteria untuk bersaing dalam pertandingan berprestij tersebut.
Saya ingin menyatakan pendirian bahawa lagu Temberang tidak akan dipertandingkan untuk bersaing dalam AJL musim ini. Jangan salah faham dengan keputusan ini. Saya bukan merajuk dengan AJL kerana insiden lalu, tetapi secara peribadi Temberang bukanlah sebuah naskah untuk dipertandingkan.
Ramai peminat mungkin kecewa dengan keputusan Ayda ini, tetapi tidak mengapa. Berilah masa kepada Ayda untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti sesuai dengan anugerah tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments