Ketiga-tiga suspek diberkas pihak berkuasa. -Foto Sinar Harian
LAMPUNG: Apa yang menimpa remaja perempuan dikenali sebagai AG berusia 18 tahun ini sememangnya menyedihkan.
Dia menjadi mangsa nafsu serakah bapa, abang dan adik lelaki kandungnya sejak setahun lalu.
Jurucakap pihak berkuasa, Edi Qorinas berkata mangsa diperkosa ketiga-tiga ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibunya, lapor detik.com.
"Mangsa tidak mampu melawan kerana takut. Dia juga dipercayai mengalami kerencatan mental. Abangnya telah memperkosanya 120 kali dalam tempoh setahun manakala adiknya melakukan perbuatan itu sebanyak 60 kali. Bapanya pula melakukan beberapa kali.
"Mangsa dirogol lebih sekali pada setiap hari," jelasnya.
Perbuatan sumbang mahram itu terbongkar selepas penduduk kampung curiga dengan keluarga itu selain melihat keadaan fizikal AG yang semakin kurus.
"AG tidak dibenar keluar dan sering dikurung dalam rumah," ujar Edi lagi.
Menurutnya, mangsa telah ditempatkan di rumah bapa saudaranya dan keadaan kesihatannya dan mentalnya akan diperiksa dalam masa terdekat.
Ketiga-tiga pelaku juga sudah ditahan pihak berkuasa dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun atau maksimum sehingga 15 tahun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Samada keluarga itu Islam atau tidak, ternyata perundangan di negara umat Islam terbesar di dunia itu tetap gagal mendidik manusia jadi baik. Itulah kalau kerajaan sekular.
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
0 Comments