Sekiranya dilihat semata-mata berdasarkan perkongsian di laman sosial, sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan Iqram Dinzly. Namun mungkin ada sisi Iqram yang kita tidak ketahui di dunia sebenar. Terbaru, satu gambar yang menunjukkan dirinya separuh bogel dengan patung beruang di celahan kangkang telah membuatkan netizen mengecam sambil menasihati pelakon ini.
Amat menyedihkan melihat apa yang sedang dilalui oleh Iqram Dinzly sekarang ini. Walaupun telah dikecam sebelum ini, ternyata Iqram terus menerus memuatnaik status dan gambar yang mampu mencetuskan provokasi daripada para peminatnya. Apa pun Abang Nara respek dengan sesetengah netizen yang meminta Iqram pergi berubat. Sekurang-kurangnya dapatkan kaunseling pun sudah bagus sebelum keadaan dirinya menjadi semakin parah.
Diharap ada pihak-pihak persatuan artis yang sudi membantu Iqram Dinzly. Semoga ada juga kawan-kawan Iqram yang pergi bertemu dengannya untuk menjadi pendengar kepada segala masalah yang sedang dihadapi. Dalam keadaan sebeginilah Iqram memerlukan sokongan daripada segi mental, moral dan emosi. Sama-sama kita doakan agar Iqram Dinzly kembali menjadi seperti dahulu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments