#Informasi: Hina Nabi: Lagi 13 Laporan Polis Di Kuala Muda.

Laporan polis
NAIB Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Azizan Abdullah (empat dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani di Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK OSMAN


SUNGAI PETANI 28 Feb. - Sebanyak 13 laporan polis diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, berikutan rasa tidak puas hati terhadap lelaki warga emas, Wai Foo Sing, 68, kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah itu, Superintenden Sazalee Adam berkata, kesemua laporan tersebut dibuat oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak isu berkenaan tular di laman-laman sosial dan media massa.
Katanya, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Dakwah Dan Tarbiah Darul Husaini, Pertubuhan Amal Dan Ukhwah Semalaysia (Paduka) dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Pusat).
Semalam, Foo Sing didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aishah.
Dia tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan Saidatina Aishah di Facebook miliknya atas nama Foo Sing Wai pada pukul 5 petang, 17 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments