#Hiburan: Baru Putus Cinta Dengan Nabil Mahir, Sarah Hildebrand Nafi Sudah Temui Pengganti

Menyulam cinta selama 5 tahun, akhirnya hubungan pelakon Sarah Hildebrand dan pengcara Nabil Mahir putus sejak dua minggu lalu. Berita itu disahkan oleh Nabil sendiri dan betapa beliau terkejut apabila mendapati bekas kekasihnya itu sudah mempunyai pengganti apabila memuat naik foto bersama seorang jejaka kacak di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, Sarah menafikan beliau mempunyai kekasih baru dan menjelaskan jejaka kacukan Amerika Syarikat-Filipina itu sebenarnya adalah sekadar teman lamanya.

Jejaka itu adalah kawan lama saya yang terpisah sejak di sekolah tinggi. Kami bertemu semula ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Selain menziarah bapa, saya ambil peluang bercuti selama dua minggu untuk menenangkan fikiran selepas putus cinta. Terus-terang, saya belum bersedia mencari pengganti buat masa ini.

Memang bukan mudah untuk melupakan kisah cinta lalu tetapi Sarah akui beliau sudah redha dengan perpisahan itu. Pada masa yang sama, beliau juga sudah memaafkan Nabil atas apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments