#Hiburan: Masih Berfikira Mahu Muat Naik Bukti Video Di IG Ataupun Tidak – Bella Astillah

Semalam, Bella Astillah memberitahu beliau sudah pun berjumpa dengan suaminya, Aliff Aziz dan menunjukkan bukti video kecurangannya berhibur di kelab malam bersama Oktovia Manrose. Aliff hanya mampu terdiam dan mengaku bersalah serta meminta maaf di atas perbuatannya itu.

Tidak dinafikan, sekarang ini netizen memang ternanti-nantikan saat video tersebut di dedahkan tetapi kata Bella beliau masih berfikir dan berbincang dengan keluarganya sama ada mahu berkongsi video itu untuk tatapan umum ataupun tidak.

Bagaimanapun, Bella menegaskan beliau sama sekali tidak akan memadam status mengenai suaminya curang kali kedua yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Saya takkan buang status itu. Saya berfikir banyak kali sebelum memuat naik. Saya tidak berasakan ia tindakan salah atau terburu-buru.  Malah, saya masih berfikir dan sedang berbincang dengan keluarga sama ada mahu memuat naik bukti video di IG atau tidak.

Bella turut memberitahu suaminya itu sudah sembilan hari tidak balik ke rumah. Malah, pertemuan antara mereka sebelum ini juga bukan di rumah. Apa yang berlaku membuatan hati Bella terluka dan tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka. Redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments