WASHINGTON 22 Feb. - Laman perkongsian video, Youtube yang dimiliki Google memaklumkan telah mengambil tindakan menutup ruangan yang membolehkan pengguna berkongsi ulasan dan pautan terhadap pornografi kanak-kanak melalui perkhidmatan perkongsian video tersebut.
Maklum balas itu susulan tindakan YouTube mendedahkan apa yang dipanggil 'wormhole' yang membenarkan ulasan dan pautan kepada pornografi kanak-kanak disiarkan bersama-sama 'video yang tidak berbahaya'.
"Sebarang isi kandungan, termasuk ulasan, yang membahayakan kanak-kanak adalah menjijikkan dan kami mempunyai polisi jelas melarang perkara itu di YouTube.
"Kami mengambil tindakan serta-merta memadam akaun dan saluran, melaporkan aktiviti haram kepada pihak berkuasa dan menutup ruangan ulasan berjuta-juta video yang memasukkan golongan kanak-kanak bawah umur. Lebih banyak lagi yang perlu dilakukan," jelas jurucakap Google melalui e-mel kepada AFP.
Tindakan tersebut dilakukan selepas pencipta YouTube, Matt Watson mendedahkan fungsi 'wormhole' ke dalam rangkaian pedofilia yang membolehkan pengguna 'berjual beli' kandungan media sosial dan pautan pornografi kanak-kanak dalam ruangan ulasan di YouTube. - AFP
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
0 Comments