#Hiburan: Mereka Buat Drama Sebab Cemburu Dengan Saya – Nabila Huda

Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda kembali mengundang kontroversi apabila memuat naik foto dirinya memakai bra di atas katil.

Seperti yang dijangkakan, ruangan komen di akaun Instagram Abil dipenuhi dengan pelbagai kritikan dan kecaman. Sehingga ada yang melabelkan beliau sengaja untuk meraih publisiti murahan dan kemudiannya menyalahkan netizen apabila teruk dikecam.

Namun, Abil bukanlah seorang yang terlalu ambil pusing dengan segala kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya. Sebaliknya beliau memuat naik lagi satu ‘posting’ mengatakan beliau tidak pernah memberikan sebab untuk orang membenci dirinya tetapi mereka yang sering mecari kesalahan dan kurang senang dengan gaya hidupnya hanya mencetuskan drama kerana rasa cemburu.

Tidak dinafikan, Abil bukanlah seorang yang hipokrit dan tidak ambil kisah dengan kritikan-kritikan pedas. Apa yang penting beliau menjadi diri sendiri dan selesa dengan penampilannya tersendiri.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments