#Hiburan: (VIDEO) “Jangan Buang Tau..” – Wanita Kongsi Fungsi Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu!

Rasanya, bawang merupakan bahan perlu ada dan kerap digunakan dalam setiap masakan kerana ianya akan membangkitkan rasa juadah yang disediakan.

Antara jenis-jenis bawang yang sering digunakan adalah seperti bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan juga bawang Holland.

Advertisement
Bawang Sumber : Google  

Dan sudah tentu, sesi mengupas kulit bawang akan mengundang ‘drama air mata’ kan? Dalam satu perkongsian TikTok ini, wanita yang dikenali sebagai @xg_taukesoh_oe ini ada berkongsi mengenai manfaat kulit bawang di mana kebanyakan daripada kita akan terus membuangnya ke dalam tong sampah.

Dalam video tersebut, wanita ini berkongsi kebaikan kulit bawang yang boleh digunakan sebagai baja, racun serangga semulajadi selain membuat lobak merah lebih bertahan lama jika dicampurkan bersama kulit bawang.

https://bit.ly/3j1T5pa

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkongsian tersebut dan akan memanfaatkan kegunaan kulit bawang dalam kehidupan seharian.

Advertisement

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, perkongsian Tauke Soh itu telah mendapat ribuan ‘share’ dan juga tanda suka daripada netizen.

Selamat mencuba!

Tasnim Shah
3 jam lalu

Influencer ‘Self- Reward’ Ke Dubai, Netizen Kecam Anggap Rampas Hak Pelajar Susah Ke IPTA

The post (VIDEO) “Jangan Buang Tau..” – Wanita Kongsi Fungsi Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments