Sejak memasuki bulan Ramadan, sering kali kita dapat lihat banyak pembeli yang mengadu harga makanan yang dijual di bazar tidak masuk akal, malah kuantiti makanan yang diberi sangat sikit.
Sehubungan dengan hal berkenaan, Cef Ammar turut terpalit dalam isu yang sama dan beliau telah menjelaskan hal sebenar kerana telah dikecam oleh netizen.
Menurut beliau, proses penyediaan makanan yang dijual sememangnya tidak mudah dan barang yang digunakan semuanya berkualiti tinggi.
Bagi meyakinkan orang ramai, Cef Ammar telah menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dan ia sememangnya setanding dengan harga mahal yang diletakkan oleh beliau seperti yang dipertikaikan oleh sesetengah netizen.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen sememangnya faham jika cef terkenal terbabit berasa terkinal dengan tuduhan yang diterima dan merasakan memang berbaloi untuk dibeli dengan harga semahal itu apabila melihat bahan berkualiti diguna oleh beliau.
The post “Jangan Ajar Saya” – Terkilan Dikecam Harga Makanan Terlalu Mahal, Cef Ammar Jelas Hal Sebenar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments