Sempena bulan Ramadan, kebanyakkan sekolah akan membuat satu polisi dimana kantin sekolah akan ditutup bagi memastikan setiap murid beragama Islam berpuasa dan untuk murid bukan Islam pula, mereka digalakkan untuk membawa bekalan dari rumah tetapi perlu makan di ruangan lain.
Biarpun begitu, satu makluman yang sudah disebarkan kepada ibu bapa sekolah rendah kebangsaan menerusi WhatsApp telah pun di salah tafsir hinggakan mereka membuat spekulasi sendiri.
Melalui laporan mStar, didapati ibu bapa murid di sekolah berkenaan tidak berpuas hati, lalu memuat naik status di Facebook, namun sempat selit ayat bahawa dia menyayangi semua bangsa.
Sebab pihak ibu bapa itu tidak berpuas hati adalah kerana kenyataan berkenaan menyatakan jika anak mereka tidak berpuasa, pihak sekolah berharap mereka sudah bersarapan di rumah dan bekalan tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah secara terbuka.
Untuk mendapat kepastian, mStar telah menghubungi pihak sekolah itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mendapati, pemakluman itu hanyalah untuk murid Islam sahaja.
Ia tak libatkan murid Moral dan mereka ditempatkan di bilik makan khusus. Murid Islam yang masih kecil juga ditempatkan di bilik khas jika tidak berpuasa.
Mengulas ayat ‘bekalan air minuman tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan’ membawa maksud jika murid bawa bekalan air dari rumah, maka ia perlu diletakkan di dalam beg atau bekas makan supaya murid yang berpuasa tidak melihatnya.
Dalam pada itu, guru terbabit sempat memohon maaf seandainya kenyataan dari pihak sekolah menguriskan hati para ibu bapa ataupun di anggap racist.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Guru Minta Pelajar ‘Non-Muslim’ Makan Sorok-Sorok, Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments