#Hiburan: “Gelilah!” – Lelaki Hantar Isteri Ke Sekolah, Netizen Mohon Jangan Normalisasikan Kahwin Muda

Semakin hari, sudah semakin kerap kita dengari ataupun lihat berita tentang pasangan bernikah ketika dibangku sekolah.

Seperti video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna dalam platform Twitter baru-baru ini, kelihatan si suami sedang menghantar isterinya pergi ke sekolah.

Advertisement

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengecam pasangan tersebut kerana merasakan hal seperti itu tidak patut dinormalisasikan di negara ini.

Tidak mempunyai sebarang info berkenaan umur si isteri, tetapi lihat pada video berkenaan, gadis tersebut seakan-akan dalam lingkungan umur belasan tahun yang kini sedang bersekolah di sekolah menengah.

Advertisement

Lihat di ruangan komen ciapan tersebut, ada netizen mempertikaikan bagaimana mereka boleh membuat keputusan untuk kahwin pada usia sebegitu, sedangkan sedar pendapatan ketika itu masih belum stabil dan belum cukup matang untuk menghadapi ujian berumah tangga.

komen twitter

Biarpun ramai yang mengecam, ada juga sesetengah netizen merasakan hal itu tidak sepatutnya diperbesarkan, kerana ia merupakan jodoh, siapalah manusia untuk menghalangnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Perkahwinan bawah umur malaysia
2 minggu lalu

Tiada Perancangan Untuk Mengharamkan Nikah Bawah Umur - KPWKM

The post “Gelilah!” – Lelaki Hantar Isteri Ke Sekolah, Netizen Mohon Jangan Normalisasikan Kahwin Muda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments