#Hiburan: “Barang Baik, Pemiliknya Yang Tak Baik” – Geram Dicurangi, Isteri Jual Barangan Mewah Suami Dalam ‘Live’ Facebook

Baru-baru ini, tular di laman Facebook video rakaman live yang memaparkan seorang wanita bertindak melelong barangan jenama mewah milik suaminya yang dipercayai telah berlaku curang.

Menerusi video tersebut, wanita dikenali sebagai Jamille Margarita enggan meratapi dan bersedih dengan perbuatan suaminya itu dengan bertindak menjual barangan milik lelaki itu secara FB Live.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia berjenaka tentang situasi yang dialaminya itu ketika sesi melelong dan telah membuat rata-rata penonton terhibur dengan kata-kata lucu wanita itu.

lelong

Saya janji, semua barangan ini adalah original dan dalam keadaan baik, cuma pemiliknya yang tidak baik.

Malah, dia telah berjaya menjual kasut berjenama Yeezy, baju Lacoste dan kasut adidas x Pharrell Williams Human Race NMD Breathe/Walk yang dipercayai merupakan kasut pemberian daripada skandal suaminya.

Amaran, beli dengan risiko anda sendiri. Semua barangan ini ada ‘sumpahan’! Bila sarung, terus jadi lelaki gatal!

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terutama golongan penonton wanita yang pernah mengalami situasi sama turut memberi sokongan moral kepada Jamille dan memuji sikap positif wanita itu.

Dalam pada itu, dia telah meraih sebanyak USD5,778 (RM24,328) menerusi jualan live tersebut dan hasil jualan akan digunakannya untuk menyara anaknya yang masih kecil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baby
3 jam lalu

(VIDEO) "Senang Nak Pergi Bercuti" - Hantar Anak Ke Hospital Dakwa Kena Sawan, Rupanya..

The post “Barang Baik, Pemiliknya Yang Tak Baik” – Geram Dicurangi, Isteri Jual Barangan Mewah Suami Dalam ‘Live’ Facebook first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments