#Hiburan: Anak Sangat Lemah Lepas Balik Sekolah, Guru Didakwa Rampas Bekal & Paksa Puasa

Sempena bulan Ramadan ini, pasti ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk ajar anak mereka berpuasa bersama-sama.

Bagaimanapun, melalui hantaran pengguna di Facebook baru-baru ini, beliau berkongsikan kisah seorang ibu mendakwa anaknya pulang dari sekolah dalam keadaan lemah kerana dipaksa oleh guru untuk berpuasa.

Advertisement

Menurut pengguna yang bernama Dr Kamarul Ariffin, kanak-kanak terbabit telah dibawa ke klinik beliau bekerja pada hari kedua umat Islam menyambut bulan mulia ini.

Difahamkan melalui perkongsiaannya, umur anak kecil itu sekitar 6 ke 7 tahun dan ibunya baru saja mahu mengajar dia untuk berpuasa, jadi si ibu tidak menyediakan sarapan, namun dibekalkan juga roti serta air jika tidak dapat bertahan.

Tetapi satu perkara yang kurang enak berlaku apabila gurunya didakwa telah merampas bekal yang dibawa serta memaksa kanak-kanak itu untuk berpuasa sehingga mengadu kepada si ibu bahawa dia benci untuk berpuasa.

Advertisement

Bukan itu saja, guru tersebut turut menegur secara terbuka seandainya ada yang tidak berpuasa dan ada saja rakan kelas yang tertawakan mereka yang tidak berpuasa.

Lepas sesi persekolahan habis baru bekal diberi semula. Dipesan sekali kali oleh cikgu agar berpuasa hingga waktu berbuka.

Melalui pandangan Dr Kamarul, guru tersebut tidak seharusnya memaksa anak kecil itu untuk berpuasa serta memalukan dia di depan rakan kelas yang lain.

komen facebook

Meninjau di ruangan komen, netizen turut tidak lupa untuk memberi pandangan mereka sebagai seseorang yang sudah bergelar ibu bapa juga mengenai hal berkenaan dan merasakan tindakan guru tersebut sama sekali salah.

ibu bapa tak puas hati kantin sekolah ditutup
1 hari lalu

Guru Minta Pelajar 'Non-Muslim' Makan Sorok-Sorok, Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

The post Anak Sangat Lemah Lepas Balik Sekolah, Guru Didakwa Rampas Bekal & Paksa Puasa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments