Tiada pemberitahuan daripada juruterbang tiba-tiba pesawat yang tenang terjunam? Itu yang dilalui penumpang MH2664 pada 3 April lalu ketika dalam penerbangan dari KLIA menuju ke Tawau, Sabah.
Detik cemas yang berlaku itu telah dikongsikan salah seorang penumpang pesawat tersebut di Facebook.
Menerusi perkongsian Halimah Nasoha, pada jam 3.03 petang pesawat tersebut tiba-tiba terjunam ke bawah dan dia yang tidak memakai ‘seat belt’ ketika itu terlambung.
Ceritanya lagi, pesawat berkenaan berada dalam keadaan tidak stabil, naik dan jatuh semula lebih kurang selama 10 minit. Ketika itu penumpang menjerit dan menangis kerana menyangka mereka akan terhempas.
Penumpang menjerit-jerit, ada yang menangis semua. Ye lah memang dah rasa akan mati dah.”
Pesawat itu kemudian berpatah balik dan Yi Ma Nas berkata dia tukar kepada penerbangan lain serta selamat sampai di Tawau kira-kira jam 9.50 malam.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku disebabkan isu teknikal dan keadaan cuaca yang buruk. Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang membuat keputusan untuk kembali ke KLIA demi keselamatan penumpang.
Siapa tak menjerit, menangis kan kalau situasi macam ni berlaku. Memang akan mengucap jela, ingat mati.
The post “Ada Yang Jerit, Nangis. Ingat Nak Mati Dah” – MH2664 Terjunam, Penumpang Terlambung Dari ‘Seat’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments