Pelakon Liza Abdullah mengakui dirinya akan menerima sahaja takdir jika dia bergelar isteri bernombor empat jika itu ketentuan hidupnya.
Andai itu suratan takdir, Liza Abdullah yang sudah tujuh tahun hidup solo selepas bercerai tidak lama dahulu memberitahu bahawa dia tidak kisah untuk hidup berpoligami.
Namun begitu, itu bukan bermakna dirinya terdesak untuk berumah tangga sekali lagi selepas bercerai dengan bekas suaminya, Zolkifly Abdul Rahman pada tahun 2014 yang lalu.
Ujar Liza lagi, soal jodoh, maut dan pertemuan itu semuanya rahsia daripada Allah S.W.T.
View this post on Instagram
“Kahwin itu kerja Allah. Siapa tak nak kahwin dalam dunia ini? Ada yang jadi nombor satu pun belum tentu bahagia. Kalau sudah takdir jadi bini nombor empat maka takdirlah. Pun begitu, kalau Allah sudah tentukan saya hidup solo sampai mati, saya juga reda. Pada masa sama, anak-anak saya semakin lama semakin membersar dan mereka sudah dan akan punya keluarga sendiri.”
Advertisement
Dramatis yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu turut memberitahu bahawa dia kini sedang mengenali hati budi beberapa orang jejaka buat masa ini.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, Liza mengakui setelah sekian lama hidup menjanda, dia juga berasa sunyi dan memerlukan teman namun diatasi dengan kesibukan dalam menguruskan kerja dan anak-anak.
Terdahulu, Liza telah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada tahun 1988 sebelum bercerai pada tahun 2014. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
The post Terima Takdir Jika Jadi Isteri Nombor 4, Liza Abdullah Tak Kisah Hidup Berpoligami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments