Shaheizy Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad yang dulu pernah bergelar bintang paling popular mengakui tidak berasa malu untuk berniaga di kawasan umum yang mempunyai ramai orang seperti bazar Aidilfitri.
Menurut beliau dia menganggapkan zaman kegemilangannya itu sudah lama berlalu dan kini hanya fokus kepada perniagaannya sahaja.
Ketika temubual Sam bersama mStar di majlis perasmian vendor raya Aidilfitri Gelek Raya 2021 yang diadakan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam dia berkata,
Fasa glamor untuk saya dah berlalu… bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya, sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong saya.
View this post on Instagram
Pelakon yang membintangi filem blockbuster, Polis Evo itu turut berkata dia masih berpegang teguh dengan pendirian untuk menerima satu atau dua filem sahaja dalam masa setahun bagi mengekalkan branding namanya.
The post Shaheizy Sam Tak Kisah Niaga Di Bazar, Akui Fasa ‘Glamor’ Dah Lama Berlalu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments