#Hiburan: Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini menjadi bualan hangat apabila majlis tahnik anak kedua, Muhammad Afwa didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Malah, netizen turut mempersoalkan kehadiran beberapa individu ternama ke majlis berkenaan. Siti dan suami walau bagaimanapun telah membuat penjelasan lanjut.

Advertisement

BACA: Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Beri Penjelasan Dakwaan Langgar SOP & Rentas Negeri Individu Ternama

Terbaru, akhbar Kosmo! melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung majlis tahnik selepas menerima satu laporan berkenaan majlis tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihaknya menerima maklumat melalui laporan sebuah portal berita berkenaan rasa tidak puas hati netizen.

Terdapat juga beberapa keping gambar di dalam laporan berita terbabit menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal di majlis itu. Laporan itu juga mendakwa VVIP dan penceramah jemputan hadir ke majlis tersebut tanpa kelulusan daripada pihak polis untuk merentas negeri atas alasan mereka tinggal di luar Selangor.

Tambahnya lagi, laporan yang dibuat turut mendakwa majlis dilakukan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Penganjur majlis juga sudah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Ekoran daripada itu, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

The post Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments