Pengarah drama yang sering disebut-sebut namanya kala ini, Shahrulezad Mohameddin tampil memberi nasihat buat pengacara dan usahawan Neelofa susulan daripada kontroversi yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Kata Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat ini lagi, dia menyarankan agar Neelofa memperlahankan diri daripada berkongsi semua benda dan aktiviti di media sosial.
View this post on Instagram
Ujarnya, jikalau pun memperoleh kebenaran untuk rentas negeri, perkara tersebut tidak harus dihebohkan serta dicanang di media.
Berhenti bangkitkan kemarahan orang ramai, pengarah drama Nur ini berkara bahawa netizen bukan suka-suka memberi reaksi seperti itu kerana kesemua rakyat kini tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana perlaksanaan halangan rentas negeri yang dilaksanakan kerajaan.
Tambah Shahrulezad, dia beranggapan bahawa Neelofa merupakan seorang yang sentiasa ‘laparkan’ perhatian kerana tidak habis-habis membuat hal.
“Kadang-kadang saya rasa Neelofa ini memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa? Tu satu hal la. Cuma, kenapa muat naik video di Instagram tu dan kemudian padam. Tak tahu ke netizen kita ni semua jenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang kau buat silap?”
Advertisement
Sementara itu, Shahrulezad juga ada menyentuh mengenai imej berniqab yang digayakan Neelofa ketika ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Dah alang-alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’ la sekali media sosial awak tu. Back off a bit. Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa sayang. Tak kesian dengan diri sendiri ke? Bulan puasa ni dik..”
Terdahulu, Neelofa ada memuat naik Instagram Story di mana menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai berlokasi di Nilai 3 bersama suami, Haris sebelum bertindak memadamnya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman tampil membuat kenyataan bahawa akan memanggil pasangan tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat ini.
The post “Neelofa Ni Sejenis Lapar Perhatian, Sengaja Cari Masalah..” – Shahrulezad ‘Budak Ijat’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments