Penyanyi veteran, Aishah Arifin berharap agar semua pihak bersabar dengan situasi yang sedang dilalui sekarang ini dan diberi kekuatan mental yang kuat untuk mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang baru saja dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini.
Menurut Aishah lagi, sekarang ini semua pihak sedang berasa tertekan dengan situasi semasa dan sebagai manusia yang prihatin, dia berharap agar semua pihak akan lebih sensitif dengan orang-orang disekeliling mereka.
Penyanyi lagu Janji Manismu itu memuatnaik satu gambar di Instagram meluahkan apa yang dirasa oleh dirinya mengenai situasi sekarang.
Semua orang merasakan berbagai tekanan, jadi jom kita sama-sama menjaga sensitivity sesama kita. Empathy itu sangat penting. Cakna kesusahan dan kesempitan jiran tetangga kawan-kawan.
Bagi yang berada dan bahagia, mungkin boleh simpan-simpan sikit gambar-gambar kemewahan dan kegembiraan.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Aishah turut memperingatkan agar semua orang lebih sensitif ketika menggunakan media sosial terutamanya apabila teringat orang yang kurang bernasib baik dan beliau juga mengambil kesempatan menasihati agar pengikutnya lebih dekatkan diri dengan agama.
The post “Mungkin Boleh Simpan Sikit Gambar Kemewahan..” – Aishah Minta Orang Ramai Jaga Sensitiviti first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments