#Hiburan: Kenal Pasti 5 Tanda Kulit Sensitif Dengan Mudah. Barulah Nampak Berseri Di Pagi Raya!

“Panasnya cuaca kat luar nak cuci muka la, sejuk sikit!”

Kejap adakah anda macam ni? Kerap mencuci muka sebab rasa panas atau berpeluh. Anda tahu tak, mencuci muka dengan kerap sebenarnya menjadi punca utama kulit kering?

Advertisement

Bukan itu saja, gaya hidup norma baharu di mana kita digalakkan untuk kerap mencuci tangan, sanitasi dan memakai pelitup muka turut menjadi menyumbang kepada masalah wajah iaitu kulit sensitif.

Macam mana nak tahu kulit wajah sensitif?

Ramai dalam kalangan kita sebenarnya mempunyai masalah kulit sensitif namun tidak menyedarinya atau tidak mengambil peduli. Jika dibiarkan berlarutan, kulit wajah anda akan menjadi lebih teruk dan memerlukan kos yang lebih tinggi untuk mengubatinya tau!

Jadi anda kenalah prihatin sikit dengan penjagaan wajah, sebab daripada wajahlah kita dapat keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Untuk mengetahui sama ada kulit wajah anda sensitif atau sebaliknya, cuba perhatikan 5 tanda-tanda ni:

Advertisement

1.Kulit senang menjadi kering

Kulit kering merupakan mimpi ngeri buat kaum wanita, bila wajah kering solekan akan nampak crack dan tak sekata. Jadi sangat penting untuk memastikan pencuci muka mampu memerangkap lembapan supaya kulit tidak menjadi kering selepas dicuci.

2. Iritasi (kegatalan pada wajah)

Iritasi atau wajah gatal akan terjadi apabila kulit muka kering atau tersalah menggunakan produk penjagaan kulit. Ia menyebabkan rasa tidak selesa dan menyebabkan muka kemerahan dan jika asyik digaru akan terluka.

3. Kulit muka tiba-tiba menjadi kasar

Pernah tak terjadi selama ni pegang muka licin je, tapi tiba-tiba kulit jadi kasar. Ini juga merupakan petanda kulit wajah korang sensitif.

Apa yang korang perlu lakukan ialah check kembali rutin penjagaan wajah dan gunakan produk yang bebas sabun dan mempunyai fungsi menghidrat semula wajah.

4. Wajah menjadi tegang

Orang cakap kulit muka tegang lepas cuci tanda kulit sihat? Anda silap, kulit yang tegang selepas dicuci memberi amaran bahawa wajah tiada lembapan dan menjadi punca kepada kulit kering.

Jika dibiarkan berlarutan, ketegangan kulit boleh menyebabkan kulit wajah merekah dan menjadi lebih teruk jika tidak dirawat.

5.Pelindung kulit lemah

Pelindung kulit penting bagi melindungi wajah daripada sinaran matahari yang berlebihan. Tanpa pelindungan daripada sinaran matahari wajah akan cepat dimamah usia yang menyebabkan kedutan dan tompok-tompok hitam jeragat.

Jika anda mempunyai salah satu tanda di atas atau lebih, ini bermakna kulit wajah anda sensitif. Sebelum terlambat lindungi kulit wajah dengan rangkaian produk Cetaphil. 

Advertisement

Produk Cetaphil dijamin selamat kerana ia disyorkan oleh pakar dermatologi bagi membantu memberi kulit pelindungan penuh daripada tanda kulit sensitif.

Hindar tanda kulit sensitif dengan rangkaian produk Cetaphil

Sebenarnya untuk penjagaan kulit yang lengkap daripada 5 tanda kulit sensitif anda tak perlu nak melibatkan 10 rutin yang rumit pun.

Apa yang anda perlukan hanyalah Pembersih Kulit Lembut Cetaphil dan Krim Pelembab Cetaphil, kemudian ikut 2 langkah mudah ni untuk jadikan kulit anda lebih sihat:

  • Langkah 1: Bersihkan dengan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil untuk menghilangkan kekotoran tanpa mengeringkan kulit.
  • Langkah 2: Lembapkan dengan Krim Pelembap Cetaphil untuk memberi penghidratan berpanjangan sehingga 48 jam*

Anda dapat rasa sendiri perbezaan pada kulit wajah daripada minggu pertama penggunaannya. Macam mana kami tahu? Sebab kami pun menggunakan produk ni tau! 

Seperti namanya Pembersih Kulit Lembut Cetaphil, ia bukan sahaja membersihkan kulit wajah malah menghidratkannya secara aktif. Manakala Pembersih Kulit Lembut Cetaphil memberikan kelembapan pada pelindung kulit dan menjadikannya lebih sihat.

Tak kisahlah apa jenis kulit anda, yang penting berikannya penjagaan menyeluruh daripada kulit sensitif. Bila kulit bersih barulah terasa lebih yakin.

Uji tanda kulit wajah sensitif dengan Cetaphil

Kalau anda masih ragu-ragu nak mencuba produk Cetaphil ini, apa kata anda jawab kuiz tentang kulit wajah anda.

Anda akan mendapat keputusan dan kemudian isikan form untuk mendapat pek percubaan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil dan Krim Lembut Cetaphil. Nak lebih mudah anda boleh teris klik di SINI.

Lindungi 5 tanda kulit sensitif dengan Cetaphil

Pembersih Kulit Lembut Cetaphil ialah pencuci muka bebas sabun dan pewangi serta disyorkan pakar dermatologi. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, tak perlu nak beli beberapa jenis pencuci muka untuk mencari keserasian dengan Cetaphil wajah bersih dan hidrat dengan satu cucian.

Bukan itu saja, data daripada kajian yang dilakukan turut mendapati 99% wanita bersetuju Pembersih Kulit Lembut Cetaphil membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit.

Jadi tunggu apa lagi? Lindungi kulit wajah daripada 5 tanda kulit sensitif dengan jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia Pembersih Kulit Lembut Cetaphil dan Krim Pelembap Cetaphil.

Produk Cetaphil ni boleh di dapati di farmasi berhampiran atau secara atas talian di Shopee atau Lazada. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Cetaphil korang boleh klik di SINI.

The post Kenal Pasti 5 Tanda Kulit Sensitif Dengan Mudah. Barulah Nampak Berseri Di Pagi Raya! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments