Setelah genap seminggu menimang cahaya mata, pelakon Tasha Shila dan suami telah menamakan anak sulung mereka dengan nama Raees Zander.
Perkara tersebut diumumkan Tasha menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“Syukur Alhamdullilah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander Bin Muhammad Atiq..”
Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan cahaya matanya itu supaya menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati kedua ibu bapa serta doa yang baik-baik.
View this post on Instagram
Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 25 April lalu.
The post Genap Seminggu, Tasha Shila Namakan Anak Pertama, Raees Zander first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments