Selepas mendedahkan keinginan anak untuk berkahwin, pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan dia menerima banyak pesanan mesej di Instagram peribadi daripada wanita-wanita yang berminat.
BACA: ‘Adakah Yang Sanggup?’ – Zarina Zainuddin Sedia Bayar Gaji Bakal Menantu
Menerusi laporan Harian Metro, Zarina berkata dalam kalangan tersebut ada juga wanita sebaya dengannya yang kini sudah mencecah usia 51 tahun.
Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu. Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung.
Namun begitu, Zarina berkata Muhammad Raizal Azrai atau Azal agak memilih dan hanya berminat kepada wanita cantik. Disebabkan itu, Zarina mengambil jalan untuk tidak membalas mesej-mesej yang diterimanya.
Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah. Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah.
Mengenai jumlah gaji yang ditawarkan, pelakon ini tidak berkira asalkan bayaran sesuai dengan pilihan anak.
Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal.
Walau bagaimanapun, Zarina tidak meletakkan harapan. Jika tiada jodoh, biarlah anak menunggu bidadari di syurga nanti.
The post “Azal Memilih Sikit, Nak Yang ‘Vogue’ Saja” – Zarina Zainuddin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments