Hos rancangan Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya memberitahu di laman media sosial di Instagram bahawa dirinya bersama TV3 sudah masuk tahun ke-18 pada bulan ini.
Fedtri Yahya atau nama sebenar Ahmad Fedtri Yahya juga memberitahu bahawa di TV3 inilah merupakan pekerjaan pertama beliau sebagai hos.
Beliau berkongsikan perkara itu kepada pengikutnya di Instagram dengan meletak caption yang ringkas.
Pantas waktu berlalu, bulan ini genaplah 18 tahun saya berkhidmat di TV3. My first job until now…
View this post on Instagram
Rata-rata warganet mengungkapkan rasa kagum dengan kejayaan yang dimiliki oleh Fedtri Yahya kerana sehingga kini beliau masih lagi bersama TV3.
Selain daripada Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya juga dikenali ramai sebagai pengacara Jejak Rasul yang disiarkan pada setiap bulan Ramadan.
The post 18 Tahun Bersama TV3, Netizen Kagum Dengan Fedtri Yahya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments