#Hiburan: Terjawab Persoalan, Uyaina Arshad Mengaku Sedang Kenali Hati Budi Penyanyi Raja Syahiran

Pengacara dan juga pelakon, Uyaina Arshad menjawab ‘teka-teki’ peminat apabila dia mengakui kini sedang berkawan dengan penyanyi Raja Syahiran sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurut pengacara program Ratu Hijabista ini, mereka berdua mula berkenalan dan berhubung ketika berada di sebuah majlis yang dihadiri tidak lama dulu.

Tambahnya lagi, dia dan Raja Syahiran kini sedang mengenali antara satu sama lain dan mula rapat setelah berhubungan di media sosial. Menurutnya, hubungan persahabatan yang dibina itu lama kelamaan semakin rapat dan mesra.

“Seperti sebelum ini pun, saya tidak terlalu dedahkan soal peribadi kepada umum, misalnya saya bersama siapa sebelum ini. Kalau boleh biarlah orang kena kita dari segi prestasi seni, berbanding isu gosip semata-mata. Cuma sebagai manusia dengan siapa kita berkawan ia menjadi satu fasa dalam bidup. Buat masa sekarang, saya selesa berkawan dengannya.”

Ketika ditanyakan apakah ciri-ciri yang ada pada Raja Syahiran yang membuatkan dirinya tertarik kepada figura tersebut itu adalah kerana sikap kematangan Raja dalam pemikiran serta rajin bekerja.

View this post on Instagram

Merah Putih ??? #UyainaArshad #SelamatHariKemerdekaan #Indonesia #MUA @hayati.ibrahim.76 #Stylist @eraasmira #whitv3

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

View this post on Instagram

24, 3 years ago ? #UyainaArshad

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

 Menjawab pula soalan sama ada dia bakal mengikuti jejak langkah artis seperti Mira Filzah yang mengambil keputusan untuk bernikah ketika di puncak kegemilangan, Uyaina mempunyai alasan tersendiri.

“Untuk berkahwin saya rasa ia pasti menjadi impian setiap orang. Buat masa sekarang, untuk ke fasa tersebut mungkin tidak dalam waktu terdekat. Sekarang saya pilih untuk fokus pada karier dan banyak lagi cita-cita yang belum ditunaikan pada ibu..”

Mengakhiri perbualan, Uyaina kini lebih terbuka untuk menerima kehadiran seseorang, berkawan serta melihat masa depan dalam usaha untuk mendirikan rumah tangga bersama yang tersayang.

Sumber : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments